Saturday 14 February 2015

gadis dan tekanan budaya kahwin muda

kawan kiri kanan atas bawah semua dah kahwin..
nak kahwin juga juga lahhh ..

lolz ,jikalah begini perasaan awak nak kahwin maka bak kata orang perak 'ghenti kan lerr'
terlebih dahulu sebelum awak awak baca ke bawah ingin saya meminta maaf andai timbul unsur sarcastik dan jika awak mudah terasa, usah dibacalah blog saya ya ..

pertama sekali ingin saya tegas-tegaskan pada kawan yang belum berkahwin
 saya melihat budaya kahwin muda sekarang hanyalah sekadar kahwin muda dan bukan terlalu kerana terpanggil memenuhi syariat agama yang telah menapak pejal dalam lubuk hati anak-anak muda.. yang saya nampak hanyalah pelayaran budaya demi budaya ..panahan budaya
kebanyakan anak muda bila mendapat kahwin muda terus menjadi 'islamical expression'
taat zauj, bla ..bla ..bla ..masa awak di bawah jagaan bapa awak x ada pula taat begitu ya ..

ohh sabar dulu ..jangan melompat jangan menggelabah
saya tidak menolak sistem perkahwinan muda dan merasa saya boleh hidup sendiri dan mampu mengurus hidup saya seorang..bukan, bukan bukan begitu ..

soalnya ..untuk awak awak yang tak kahwin lagi macam saya merasa sangat 'depressi' apabila ditekankan dengan soalan- soalan bila nak ehem ehem .bila lagi, bila lagi, dengan jemputan perkahwinan rakan-rakan dan perasaan demi perasaan yang menyelubungi hati ..dan mula terdetik di benak fikiran baik awak pelajar agama sekalipun

'tak laku aku ni'
'pengantin tu lawa, sebab tu dia laku'
', entahlah... tak ada orang nak'
'malas lah fikir'
'aku huduh'
'lelaki nak yang lawa lawa sahaja'

awak dengar yaa ..
belum pernah terlukis dalam al-Quran kecantikan fizikal seorang perempuan, belum ada satu ayat mencoretkan keanggunan wajah wajah perempuan di dalam al-Quran .. tidak pernah wujud
baik merasa gah , baik merasa rendah
kedua-duanya membuang masa ..

*tetapi jika awak obesiti , berjerawat,  ketiak masham ..haruslah pertingkatkan kualiti
kebersihan itukan separuh daripada iman ..
bukan cerita cantik ..,tapi cerita bersih ..
bukan cerita gemuk ciptaan Tuhan, awak yang tak jaga pemakanan ..

tapi ini menjadi topik utama manusia
itu yang pertama dan terutama
ada yang terlalu merasa rendah diri
ada pula bagaikan berbangga dan saling mempamerkan diri masing masing di laman sosial
untuk apa bae? awak posing untuk siapa bae?
'wall aku suka aku lah nak post apa'

ok ..andaikan friendlist awak 0 ..awak nak post kat wall awak? nobody see pun .. still nak post?
haa kaan ..sebab tu orang yang post post ni tak lain hanyalah untuk friendlist dia juga
jadi mengapa melompat. bila komen positif awak syok ,bila negatif awak nak emo
terima lah ..kita berkongsi 'homesfeed' yang sama ..bagaikan berjiran ..ye dak


ok balik topik kita kahwin muda
maaflah selit sikit untuk peringatan gadis yang dah peringkat 'saiful nang' berlagak dia .. ambui
contoh gambar poyo seperti di atas  ..tulis ja poyo tapi post jugak ..kaaannnnnn

saya pinjam kata kata ustaz hasrizal
beri peluang diri untuk 'membesar' sebelum dibebani tanggungjawab kepada suami anak-anak dan tanggungjawab seorang isteri. tekankan ilmu ilmu ilmu di dada dada kamu untuk menjawab persoalan anak-anak generasi Y nanti.

jangan nanti tak sabar nak berkhidmat kat zauj , at last pulang ke pangkuan ibu bapa juga
sebab 'anak manja' , anak perempuan seorang' ..'anak emas' , 'anak perak' ..
ini lah satu satunya perkara yang  saya perlu sangat bersedia sebelum bernikah .. risau saya akhirnya akan menyusahkan ibu bapa saya tika saya sudah bersuami ..tak pandai nak 'cater' suami , nak 'manage' rumahtangga .. akhirnya pulang ke pangkuan ibu bapa ..

dengar yaa anak perempuan ..
ibu bapa takkan pernah menghalau atau menghambat awak pulang, kerana awak anak, awak permata hati ..tapi adakah itu jalan awak rasa kena dan betul? sedang awak sudah memilih untuk bertanggungjawab ..awak sudah di akad ,tanggungjawab sudah berubah tempat

satu perkara saya melihat trend gadis berkahwin muda
masing masing nak bercita-cita menjadi surirumah berjaya
ini perkara lawak bukan comel ..
viral satu post yang mengatakan 'housewive' juga suatu pekerjaan ..dan saya tidak setuju
jikalah awak merasa 'housewive' suatu pekerjaan maknanya awak pun tak ikhlas mana lah nak galas satu tanggungjawab seorang isteri dan ibu

mak saya selalu berkata

'buat kerja rumah, mengemas memasak ni semua bukan kerja mak tau, mak boleh tinggal kalau mak nak, tak ada sapa pun paksa ..tapi mak buat sebab mak nak buat, tak suka tengok anak-anak belemoih(kotor), rumah nak pijak pun tapak kaki hitam, rumah orang Islam apa lagutu'

nak jadi wanita kuat 'keluar berdakwah' ,semangat nak buat 'kerja-kerja islam' ..
bertenang ..
lihat rumah kamu ,usah berdegar-degar lah nak tegak syiar Islam. sekecil kecil perkara
bab kebersihan rumah , anak-anak ,suami ..jubah ,jilbab labuh awak sudah beres?
atau sudah rotate dua minggu sekali baru cuci ..

nak jadi surirumah sepanjang masa juga sesuatu yang lucu dan comel ..
dan merasakan wanita itu hebat, isteri itu permaisuri, pagi petang jaga rumah, jaga anak
benar memang benar ..jika awak merasa itu suatu bebanan .jadi wajarlah surirumah suatu pekerjaan
melainkan awak buat kerja surirumah kerana hadirnya perasaan itu sendiri kerana nak melakukannya tanpa rasa terpaksa ..sebab suka akan kekemasan dan keteraturan isi rumah
 maka jelas sekali ,pandangan dan perasaan menjadi 'housewive' menjadi berbeza
apa itu sebuah pekerjaan bagi seorang isteri> ibu? atau kasih sayang dan kepuasan menjadi isteri>ibu yang tidak berbelah bahagi ..nak yang terbaik buat anak dan somi
kepenatan tidak terasa ..tak sempat dah nak cemburukan suami hanya balik rumah goyang kaki, tak tahu isteri di rumah penat sehari hari ..

mak saya seorang 'bisneswoman'
juga seorang surirumah, nak jumpa habuk kat rumah saya tu dalam 2%  yaa begitulah ..
beliau punyai 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan ,tetapi anak perempuan pun seperti anak lelaki jugalah .. apa pun tak boleh ..haha
nak katanya ..belom pernah saya mendengar rungutan kerja seorang isteri>ibu ini sesuatu memenatkan, melainkan tunjuk ajar dan tata tertib 'buat macam mak buat'

contoh , 'mak baru basuh kasut hampa, balik sekolah sat ja dah hitam ,gusti ka apa? ,cuba esok balik nak tengoklah kasut putih macam sebelum p sekolah tadi'
'cuba abah sidai towel tu macam mana ambik tadi'

tetapi lain saya tengok gadis yang dah kahwin sekarang
masing masing duk post seolah olah tajuknya seperti  "penat menjadi seorang isteri>ibu"
"isteri itu sebenarnya permaisuri" mengharapkan "suami patut begini dan begitu"
tapi sebelum tu dah beriya iya nak berkhidmat pada zauj ..
bukan setakat dapat suami cium dahi ja sis ..kahwin ni segala-galanya kena bersedia ..bukan main syok ja ..

dan lagi saya sangat tak berpuas hati (maaf ini pendapat saya)
trend perempuan memurahkan mahar perkahwinan .. tak sabar nak offer diri kat bakal  zauj
Islam ajar meMUDAHkan mahar, bukan meMURAHkan mahar
saya tak faham ,benar benar tak faham .. 
Rasulullah juga memberi 100 ekor unta buat hadiah perkahwinan dengan Siti Khadijah
awak belajar Islamik mana suruh murah murah kan mahar ..
jangan menggelabah dulu yaa muslimah muslimah sekalian ..
maksud saya bukan untuk letak mahar mahal mahal ..bukan ..
nak katanya .. berikan dorongan dan 'impak value' pada sang lelaki untuk lebih produktif dan belajar mandiri sebelum memikul sebuah tanggungjawab .. tak sabar nak 'offer diri' kat ustaz-ustaz jemaah, free pun tak apa ..


hai gadis ..
jalan hidup orang berbeza-beza
ada gadis rezeki kahwin muda ..ada gadis tidak mendapat pasangan hingga ke umur senja
awak dan saya sekarang berada di pertengahan usia
jalani lah hidup dan berusaha lah perbaiki 'spiritual journey' dari semasa ke semasa
tanya diri , hidup, belajar , bekerja, kahwin ..akhirnya kemana nak perginya kita
Tuhan dengar apa awak minta, Tuhan tahu apa terbaik untuk kita
sabarlah ..Tuhan kan ada

hairan saya hairan
budaya kita ..membincangkan hal perkahwinan bimbo sangat seperti Islam itu hanya sekadar tentang kahwin ,anak , memperbanyak keturunan sahaja ..
soal aqeedah, tauhid, iman seseorang jarang nak di 'bimbo' kan ..
selain dilambakkan dengan busana busana muslimah, imej imej Islam, pelayaran Islamik yang bukan bukan akhirnya lahir gadis berlitup tudung labuh, baju labuh menutupi punggung
tetapi masih khayal mempamerkan diri dan akhlak yang canggung

setiap di benak hati gadis ada tersimpan perasaan ingin berpasangan, ingin dijaga dan berteman
saya juga begitu ..tapi sabar dulu ..
di peringkat umur saya 23 tahun ..ok 24
habis sekolah , masuk universiti ..habis belajar ada sedikit waktu 
bagi saya masih inilah saya punya masa memberi peluang diri untuk 'membesar dan mematangkan diri' untuk melakukan sesuatu untuk diri dan kepuasan seorang gadis remaja, lakukan sesuatu bermakna sebelum bernikah (ini terpulang masing2 perempuan berbeza ..)
bagi yang berpendapat dia sudah bersedia menjana zuriat cemerlang di takah usia  seawal 20-an antara belajar dan punyai anak-anak suami dan tanggungjawab seorang isteri di usia muda itu juga terserah ..
masing masing punya 'capability' dan target masing masing
point nya sama ,masing masing ingin hidup bahagia
dengan meniti jalan cerita hidup yang berbeza-beza

usah kelam kabut lah nak mendirikan rumahtangga
lain jika orang sudah hangat bercinta, sudah selalu keluar malam dan bercuti bersama
bagi saya bahagianya setakah itu ..tiada barokah nya ..benar saya tak tipu
masa bercinta, beli teh ais segelas kongsi minum bersama, beli kaya ball rm2 share duit seorang seringgit , nak katanya susah senang bersama ..
sabar dulu ..itu awak belum tinggal sebumbung
 bahagia sekarang ..esok berkahwin gelombangnya tidak sama ..
 dah banyak contoh berlaku, usah ceritalah awak boleh tengok sendiri ..
itulah tanda Tuhan sentiasa nak kita ingat pada Dia ..

jadi saya ingin tegaskan pendirian saya setakat ini lah .. tak tau nanti berubah fikiran
trend berkahwin muda sekarang hanyalah pelayaran budaya dan bukannya hadir melalui tarikan agama
masing masing masih 'lemah' tetapi bila nak kahwin terus 'kukuh' dan 'mantap' Islamnya ..

entry saya kali ini untuk gadis setakah 20-24 yang tak ada kerja lain fikir kahwin siang malam .,
bukan untuk gadis 25 dan ke atas yaa ..itu awak tak boleh dah merasa hidup awak bimbo dan boleh hidup mandiri ..
jangan terlalu choosy , perfectionist , dan high taste level dalam memilih jodoh
tetapi janganlah terlalu mendesak dan tangkap muat untuk nak dijadikan suami

mak saya kata sekuat apa pun perempuan tu
dia tetap memerlukan  seorang lelaki(suami) untuk dia bertatah ampuh sebagai seorang perempuan 
kakak kakak check balik diri , apa sebab belum bernikah .. terlalu menjadi diri sendiri pun tak boleh jugak

macam main redah ja apa pun , nak terima terima , taknak terima dah ..
bukan ...pakai pemakaian yang kemas dan bersederhana ..bukan suruh berhias tak sedar diri tu ..bukan .. personaliti yang 'presentable' dan bersih ..senyum, usah mendabik dada kalau kakak ada Master phD ..tak kemana juga kak kalau hidup lonely ranger ni ..

pada pendapat sayalah yang saya tengok kakak kakak keliling saya
usaha dah ni.. berdoa berbuih mulut, solat siang malam tahajud , istikoroh
jodoh di tangan Tuhan ..yaa benar ..itu benar ..
tapi effort akak kena ada juga ..
seperti bantuan orang orang yang rekod baik dan boleh dipercayai ..
ustaz , lecturer kawan kawan kak yang dah berkahwin ..
mungkin ada jalannya di situ ..
janji akak lembut kan hati dan terima lelaki biar 'kurang' sedikit dari akak
mungkin melalui jalan itu Tuhan nak uji akak ..apa dinilai cert. master phd bimbo semua tu di hadapan Tuhan kak?


ceee Asma pandai cakap aih no ...
tak, betul ni ..sebab masalah juga wanita-wanita hebat yang maju sederap langkah menjangkau lelaki dia tak pandang dah orang..akhirnya hidup berharta, berkerjaya tetapi hidup seorang diri ..

lepaih dah usaha semua barulah kata
jodoh di tangan Tuhan ..kadang Tuhan dah bagi tetapi akak tolak ..pestu kata tak ada jodoh

Jodoh , suatu perkara yang baik dan mulia, saya selalu percaya Tuhan mesti makbulkan niat yang baik ..sebab itu beribadah pada Tuhan kena sambil berfikir ..
bukan petanda dan petunjuk Tuhan tu turun macam cerita sinetron tu ..


berfikirlah dalam beragama ..berfikir dalam beribadah ..berfikir dalam memuja dan meminta minta pada Tuhan ..apa tu sebenar benar jalan?
jangan sombong jangan berlagak awak tahu awak sudah baik dalam semua perkara..
awak sudah cukup Islam atau awak sebenarnya terdodoi dalam 'buaian Islamik' ..

hari meniti hari
usia menjengah dewasa
bermacam orang sudah dijumpa
belajarlah sesuatu daripada mereka
usah memikirkan benda yang belum ada
usaha, doa, tawakkal , akhlak diperbaiki lah sentiasa
usah didoktrin perasaan 'hidup bahagia' maknanya Tuhan redha
'hidup tak bahagia' mungkin Tuhan sedang murka

Tuhan itu Tuhan , tiada sekutu tiada lawan
 malaikat dari Tuhan, syaitan juga dari Tuhan
manusia diberi dua jalan
serahkan diri pada Tuhan
minta dibuka jalan
apa keadaan susah atau senang, jika ianya dari Tuhan
maka teruskan perjalanan berserah diri menuju Tuhan...


NurulAsma (14th February 2015) Valentine's Islamic  yeahhh

entry ini banyak peringatan untuk diri saya ..
sebelum menggelar diri sebagai isteri>ibu
wallahu'alam 















No comments:

Post a Comment