Monday 26 January 2015

Abah, orang kat UM Nilam Puri tu pelik-pelik lah

saya cakap orang pelik, dan mereka pun pandang saya pelik
saya suka cerita pasal nilam puri, sebab tempat ni paling saya rindu.., tempat ni rare
teringat kali pertama melangkah kaki ke Nilam Puri seawal usia 18 tahun, waktu kemuncak rebel seorang yang bernama nurul asma, sudahla baru lepas spm, baru lepas sweet 17 pulak tiu dah kena masuk 'pondok' ..
perasaan dia Tuhan sahaja tahu..

'mak, kenapa semua depa tudung labuh ni..'

'ustazah depa kot kak..'

'ramainya ustazah.. sapa nak ajaq Sains ni mak?' -,-"

'xpa..duduk dulu..'

*gambar sekadar hiasan , berhari raya di rumah tok 


perlakuan seorang pelajar sekuler ya memang begitu, sekolah dia agama dia simple present tense sahaja dan mempunyai aliran Arab jadi layaklah ana masuk Nilam Puri.
Ana pikir Asasi Pengajian Islam dan Sains itu seropa kitab Sains yang mengkaji Al-Quran..

ropa-ropanya,,, Pengajian Islam itulah , Ulum al-Quran, Ulum al-Hadith Bahasa Arab walighoirihaa..
dan Sains itulah Physic, Biology, Laboratory Chemistry and etc..

hoo jadi seropa itulah kos I sekarang ni.. baru clear ..
jadi bila boleh ke KL ? tak sabar rasanya ingin ke PASUM ..(Pusat Asasi Sains Universiti Malaya)

8 bulan (2 semester) direkrut di Nilam Puri bukanlah suatu perkara yang membahagiakan hari-hari awak jika bukan seorang muslimah mujahadah. awak kena belajar dari 0 ..
tetapi itulah hari-hari bahagia bagi seorang bapa dan seorang ibu di rumah.

'kenapa Sains 2 semester ja. student lain 2 tahun duk sini?' tanya ibu saya yang jelita tiut miut itu di pejabat untuk memanjangkan lagi 'tempoh bahagia' puterinya ..

hari-hari saya termenung, 'silent scream' begitulah..saya bukanlah orang jahil seropa mualaf tu..bukan..

minat saya terhadap agama itu tinggi, saya tak ada masalah untuk menghadiri kelas Bulughul Magham oleh Dr.Muhiden dan tak perlu bersorok-sorok bawah katil, dalam almari, celah tingkap seperti 'muslimah' lain kerana takut dek kakak naqibah buat serbuan amal ke bilik-bilik..

kerana saya sudah terbiasa dengan majlis ilmu di surau taman saya.
jadi apa masalah enti lagi nurul asma??persoalannya saya nak tanya mengapa 'biah' nya begitu pelik.

Islam bagi wanita itu sangat payah.
 'enti takboleh begini dan begini, enti takboleh begitu dan begitu'

bila nak ditanya, 'enti tak thiqah' 'tradisi di sini' 'kak-kak dulu buat macam ni'

jawapan seperti ini bukanlah jawapan selamat bagi 'rebellious teens' seperti saya
melawan dan melawan, buat perangai itu adalah tanggungjawab nurulasma di nilam puri.. (Peace)

sudahla tradisi begitu, para pelapis baru juga begitu seperti stok mesin 'klise' yang baru sampai
langkahnya sama, perlakuannya sama, pemikirannya bagaikan dibelenggu  

ehem nak bagitahu lah kann.. saya seorang yang rajin turun usrohhh (I-mEET) ..jarang sekali nak ponteng ni.. sebab bagi saya tiada masalah nak duduk dengar apa isu nak dibincangkan.. tak teruk pun, kawan-kawan lain lari merata ceruk takmau usroh, bagi saya mungkin mereka sudah lali dengan rutin usroh di sekolah-sekolah, jadi saya selaku sekolah sekuler saya tak ada masalah nak join usroh. 'benda baru' kan ..why shouldnt i get involved with it, nak tau ada apa depa nak sembang sebenaqnya.

intinya banyak pasal cheers di KL, kelakuan di KL , di KL dan di KL  dan KL .. UM KL .. dan KL
tak KL ,isu couple yang tak sudah.. last sekali 'jemaah' dia jugak banyak bergelumang zina hati, telinga ,kaki semua ni..

this is LOL ..i repeat LOL ,come on ,you nak bawak diri you bukan saja di KL , di kampung pun if you nak musnah, you just deal with it, bukan cerita KL , cerita KAMU (SELF) tu nak bawak diri bagaimana, di KL , LA , Panama, Manchester, Brooklyn

adakah ISLAM hanya di Nilam Puri, awak akan terjaga dan dijaga di Nilam Puri, lihat sahaja rentak student API ,mulia ya memang mulia, tak dinafikan ..mereka baik , mereka sopan, saya salute saya bangga ..bila keluarga saya lihat saya bersama lingkungan ini mereka bahagia.

hakikatnya.. saya sahaja yang tahu..eh saya dan Tuhan sahaja yang tahu ..
pemikirannya setakah itu, nilam puri perilakunya begitu, di kl eh perilakunya sudah berubah
mana prinsip berdegar-degar di mimbar surau al-malik Khalid dulu? mana??

awak belajar agama, awak hafal siang malam kitab turath, kitab kuning
awak bukan calang-calang ..hadith, dalil ayat Qoran sudah dipinggir bibir sahaja nak disebut

yang tamrin kisah tamrin.. sir wa hazar
'nak bawak keluar jalan-jalan'   this is sweet you see .. sweet,  jalan-jalan dalam hutan -,-

isi tamrin mantap ,APA MAKNA AWAK MENGANUT ISLAM
 ,tetapi penganutnya tiduuurr ..jaga-jaga semangat nak berthabat  ,semangat tak ketahuan orang Utara kata ..semangat nak makan ikan kering sama-sama, golek-golek atas tanah ..otaknya sahaja belom bergolek ..beku di situ

bagi sekolah sekuler,  'latihan fizikal' seperti itu alah bisa tegal biasa lah bagi seorang ahli jamboree sekolah, Rakan Muda , AADK dan Kelab Pelancongan dan Rekreasi, jadi lebih pada itu pun bukan lagi suatu cabaran bagi dia, nak suruh makan ulat pun, ado dia kesah? sekolah dulu dia dah telan berudu macam makan 'pearl' ice blog awak tahu.

isinya apa? itu yang saya cari ..
apa matlamat tamrin? rasa diri megah 'ahli jemaah' ..orang lain tak masuk jemaah ..x jelas fikrah
nak pandang rendah orang tak sejemaah, awak dah hebat? awak ja faham Islam tu apa
Islam tu untuk kelompok-kelompok awak ja..rahsia sshh sshhh .. 

cuba awak bertanya banyak dalam jemaah, esok dia tak panggil dah masuk hutan sama sama
akhirnya saya mencari haluan sendiri.. bermula PASUM hinggalah sekarang..
saya jumpa..dan ianya 1000 kali lebih baik ..

'dan kerana Tuhanmu..bersabarlah..' (74:7)

abah kata,
'adek, ISLAM tu  dia ibarat macam kebun la..orang masuk kebun, dapat makan buah, dia rasa bangga dia jumpa buah  tu, banyak pulak tu..makanlah sampai tak sedaq diri, kawan dia tak jumpa-jumpa lagi buah, duk jalan sesat merata ..semak belukar, last kali kawan dia jumpa TUAN kebun, TUAN kebun kata 'aku tengok hang ni baguih, satu pun tak ambik buah kebun aku, nah aku bagi hang kebun lagi besaq kat sebelah sana, buah dia lagi banyak, lagi manis, ambik kt hang teruslah, duduk kat situ.' kawan hg tadi tu teruk, dahla tak KENAL AKU.. boleh bangga pulak makan buah kebun aku".
    
itulah .. awalludDEEN makrifatullah -   awal awal awal agama itu mengenal Tuhan
barulah boleh nak bercakap bab    man a'rofa nafsahu..a'rofa Rabbahu

Qoran said, if you want to know ISLAM , ALLAH give you a ways'

 'being a MUSLIM is preparing you be a better person, not to change ISLAM' -Tariq Ramdhan

















No comments:

Post a Comment