Saturday 24 January 2015

Suleymaniye Camii

Lupalah hari keberapa yang ni..maklumlah bulan 8 nuu p..
tapi yang pasti hari awal2 sampai di Istanbul lah, mescit suleymaniye ni lah merupakan malam yang pertama kali kami berjalan malam dari  istanbul vakfi apa tatau ke mescit suleymaniye ..

diketuai oleh Salam(puak kurdish) membawa kami ke masjid ini yang melalui 18 jalan ya begitu sebab dia pun tatau jalan ke masjid ni..lupa gamaknya..


ni puan Jerman, berdarah Iran...segak teruk.. kami bergambar di hadapan masjid selepas 10 minit kenal ..sembang macam 8 tahun dah kenal kan.. biasalah asema kan tu ..

awak nampak tshirt labuh saya Pray For Gaza?
jangan tak tahu saya beli online tshirt ni rm40.. tapi ..

di perkarangan masjid ini, actually di setiap sudut Istanbul terdapat anak-anak dan rakyat pelarian Syria.. tapi saya tak sedar..*bukan tak sedar, excited fefeeling Istanbul mengatasi sedar


 Masjid Sulaiman ini semasa pembinaannya, diceritakan tentang pekerja-pekerja yang kerja pelekat bata, simen, pacak tiang semua ni depa berwudhuk dulu sebelum bermula kerja

that's why bila sampai sini ..ketenangan, kesayupan, aman, harmoni kau dapat rasa,



kat perkarangan masjid ni jugalah kami makan ais krim yang acah acah Lisa Surihani tu laa, saya pun tidaklah melepaskan peluang itu.. *gambar bergoyang,kabur tu semua tu konsep blackberry k..please






pembiayaan ais krim ni ditaja penuh oleh suami puan Germany 'kawan' saya tadi ..*'kawan' ok, hang ada? 

saya asyik nak bergambar dengan orang jelita sahaja..  kagum, teruja, tergedik semualah ..
sampailah di 'tarbiyah sentap' malam itu juga oleh seorang ibu Syria dalam berbahasa arab yang berbunyi Melayu begini terjemahannya..

"awak nak bergambar dengan kami? awak rasa nak bergambar dengan kami bila tengok kami?"

maksud tersirat dia begini

"gamak hang nak begambaq dengan kami, kami ni pelarian, tempat kami di bom, dikhianat, ditindas, hang boleh syok nak begambaq dengan kami?" sambil menitis air mata ibu ini..

hang tak sentap lagi nurulasma? duk syok makan angin lagi ..pakai tshirt labuh kemain 'Pray for Gaza' tapi apa pon tak boleh..

malam pulang ketempat foundation tempat penginapan kami.. saya tak boleh tidur..
saya asyik terkenang-kenang apa berlaku di sana, saya malu, saya segan hingga tak sedar ayaq mata jatuh ke pipi ..mujur Farhana kawan sebilik saya sudah didodoi nyenyaknya..

Ya Allah! Jahilnya aku...










No comments:

Post a Comment