Friday 23 January 2015

MH 5881

perasaan ingin ke Istanbul, Turki bukanlah suatu perasaan yang semenggah apabila awak mendengar khabar tentang kapal terbang malesia MH17 yang rebah di Ukraine, ditembak dan dan ...emm baca berita sendirilah..
seminggu sebelum terbang saya semacam blurr, pening yaa begitulah.. susah nak bernapas.. nyawa bagaikan di hujung hidung ni..
tiada perasaan 'Istanbul Aku Datang' ka apa benda..melainkan satu perasaan nak 'MAti' ..

berkata abah,
'awat adek takot ka? x ada apa aih.. berapa banyak kapai p teghebang sehari.. jangan pikiaq teruk sangat..'

'sudahla jahil, dosa banyak.. report tak siap lagi, degree pun xhabeh.. macam mana kalau mati ..matilahh... ' getus getis hati saya antara perasaan melawan pikiran..

MH 5881 di KLIA pada 11 malam waktu tempatan.. 4 Ogos 2014
perasaan menjadi makin meracau.. celaru, tak ingin pergi pun ada jugalah..

sebelum ke Istanbul, saya sedang menjalani latihan industri di Bhg Falak, Jabatan Mufti Pulau Pinang..
boleh tahan la depa duk acah-acah saya ..

'nanti kami kena ready2 la ..ayat nak bagi kat berita tb3', kami nampak cik nurul ok ja.. x ada  pulak tanda -tanda awal ingin pergi selamanya..'
dengaq macam lawak ..kalau dibawak 'kata-kata semangat' macam tu sebelum tidoq memang tak tidoq lena aku ..huhu



nak tak nak ...tiket sudah ada di tangan.. kawan-kawan sudah menunggu.. keluarga sudah bersedia melepaskan..jangan tak tahulah saya seorang ja anak perempuan dalam keluarga.. ingat senang nak p Turki tu semua.. nak p kedai beli kopok dalam taman pun kena tunggu approval big bos dulu ...




itulah emak, abah, abang2 adik  dan bapa saudara beta.. kak-kak ipaq ikat tepi.. tak gigih sangat pun  hantaq ramai2 cemtu...hikhik



sudah mendapat, sudah berada atas kapai teghebang pun.. blurr yaa tetap disitu.. mengucap jangan cakap, sampai naik migrain ni.. kawan saya Adibah dan Nazmi sekapai teghebang ..mereka muslim dan muslimah yang baik..(gambaq depa nanti next chapter)

masing-masing membaca dan mendengar ayat Qoran terus terusan.. tetapi tidak saya ..yalah jahil kan!
eh bukan cemtu.. huu , sebab lagi baca lagi dengar saya semacam lagi takut, so saya hanya diam, teringat mak, abah ..kalau aku mati ni.......







bagi menenangkan diri.. saya membuka di bahagian entertainment.. pebenda lahh, kawan kiri kanan baca Qoran baca buku Said Nursi ..tenang ja aku bukak movie ,dengaq lagu Greenday ..










No comments:

Post a Comment