Saturday 24 January 2015

Kasut Lekang

awat letak nama kasut lekang? (kalau yang tau pesbuk saya dulu nama Kasut Lekang)

kasut lekang tercipta selepas saya mendapat idea semasa menjalani rekrut asasi PASUM, berlari-lari ke kelas dan ke lab.. *ingatkan dah boleh jadi saintis sekarang -,- ...

kasut mak saya belikan saya dalam 3 minggu ya begitulah bertahan ..pestu lekang.. kawan lain ok ja ..
itulah sebenarnya simbolik pada diri saya that im perfectly imperfect.. beautiful chaos, and happy with my flaws.


di antara 77 kasut yang yaa begitulahh ..malaihla nak tunjuk kan ...

kasut lekang juga bagaikan hidup..
hidup saya ...

kasut suatu keperluan, bukan kemudahan ..
nak dijaga, nak disimpan ..
namun
walau dijaga, walau dibasuh
tiba masa ia musnah jua..
kerana kasut itu hak alam
bersifat musnah
perlu ditukar dan diganti
biar mahal biar kulit
ia kian buruk, dan menipis
kaki awak yang menerima sakit

begitula hati
hati yang kotor dan hitam
hati rosak dan membusuk
awak perlu rawat dan tukar ganti
jika dibiar dan terus mengguna pakai
kelak menghanyut awak ke gaung dalam
yang awak pun tak sedari
awak dah sesat tak bertemu jalan pulang

No comments:

Post a Comment